Saturday 8 October 2011

SEKILAS HATI IBU









Tercipta insan dari rusuk lelaki,
 Manis tuturnya memujuk hati,
Membaca fikiran tenang sekali,
Mengetahui kehendak tidak berbicara,
Lembutnya hati bak sutera,
Ditenun susah, dikoyak mudah,
Dimatanya berlian yang melakar cela kehidupan,
Hasil kerjanya ikhlas tidak terbatas,
Mudah memberi, jarang menerima,
Meskipun bergitu, hatinya tetap tabah,
Aliran air tangannya menjana tenaga,
Sedikit rezeki untuk kebahagiaan semua,
Harapannya mudah susah digapai,
Inginkan kebahagiaan di hujung usia,
Kasih mesra dicurah diberi,
Hatinya rumit susah difahami,
Miliki kunci setiap hudupnya,
Rahsia hidup dikongsi bersama,
Mengambarkan ia seorang penyayang,
Sekilas hati ibu tercinta. PutraDonut’s
Dont Hurt Yourself



Apa yang membuatkan saya tertarik dengan tajuk di atas adalah, tajuk ini bersifatnya “umum”,  atau bahase moden nyer  “flexible”. Dan ia jugak sesuai untuk sumua insan terutamanya yang sudah berakli baligh. Kenape saye sebut perkataan “akil baligh”. Akil baligh akan terjadi apabila usia seseorang itu dari 9-16 tahun. Selepas tu WOOW “Aku dah kenal dunia”. Katanya la.
 Biasanya mereka yang sudah berakli baligh ni lebih dikenali sebagai remaja, kalau orang tua (Keajaipan Dunia). Apabila mereka ni sudah mencapai tahap matangnya seseorang remaja, mereka akan mudah terpengaruh dengan tindakan sosial yang melampaui batas hukum agama dan merosakkan pandangan umum. Saya yakin pada diri saya, semua agama mengajar kita melakukan kebaikan (kalau betul bukak mata). Sah betul!!!
Apa itu sosial? Menurut kamus dewan dan pustaka, sosial bermaksud suka atau gemar mengambil berat (mengendahkan/ memperhatikan) hal-hal kemasyarakatan. Oleh sebab itu, mereka ni amat gemar mengambil berat tentang sosial dan apabila dikenalkan dengan perkara yang baru! Kejutan budaya akan berlaku di situ. Antara contoh-contohnya ialah minuman keras dan rokok.
Kenapa minuman keras dan rokok? Kenapa tidak pakaian? Ada jawapannya. Minuman keras. Minuman keras moden ni mengandungi alkohal ethanol (CH3CH2OH ) fermentasi gula yang dikandung  dari malt dan beberapa buah-buahan seperti anggur dan sebagainya. Itu dari segi alkohol.
 Kita ambil pula dari segi islam pula iaitu  Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Tiap-tiap yang memabukkan itu minuman keras dan semua yang memabukkan itu haram. Maknanya, tidak kira lah air beras ke tuak ke atau benda yang diperam dan memabukkan atau shisha yang memabukkan adalah haram.
Rokok ternyata lebih berbeza daripada minuman keras. Kerana rokok ni asap. Asap bersifat bebas, bezanya adalah, asap boleh dilihat umum. Selalunya remaja mula-mula menghisap rokok kerana gaya-gaya cool atau gengster, contohnya filem, komik dan rakan sebaya yang menampakkan rokok adalah sesuatu yang cool. Betul! bukan semua mudah terpengaruh atau terikut-ikut. Tapi kebanyakannya mudah. Apabila mereka merokok sekadar bersahaja, lama kelamaan mereka akan menjadi ketagih pada rokok tersebut. Tak kesah la Mallboro, Winston, Dunhill, Mine Seven, Lucky Strike, Piterr, SAAT, Suria Gudang Garam Nusantara, Caryon, 555 kratek dan seumpamanya. Tidak kira Fillter, Light, Mint pun sama jugak. Rokok tetap rokok.
Kandungan rokok adalah sesuatu yang menakutkan seperti polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Kandungan yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan. Kesian orang yang masih tegar menghisap rokok. Tapi lagi kesian orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghirup asap rokok. Padahnyar adalah duakali lebih hebat.
Berbalik kepada sosial tadi. Jika dua benda ini diamalkan, mereka lebih mudah rosak dan terikut-ikut dengan budaya barat yang penuh dengan kebebasan(kononnya). Apabila mereka mengamalkan sikap ini, mereka akan menjadi liar suka merosakkan harta benda awam merbahayakan orang lain serta mudah terjelumus dengan kemaksiatan.
Ape kena mengena minuman keras rokok dan pakaian? Apabila seseorang berpakaian sopan menghisap rokok! Pelik bukan, dan mereka mudah mendedahkan bahagian tubuh yang merbahaya kepada semua orang. Tak kira muda, tak kira muda. Bukan saya cakap semua orang berpakaian sebegini jahat, tapi terbukti ia benar.
Apabila pakaian semakin singkat. Maka singkat lah pahalanya. Apabila pakaian semakin singkat. Maka singkat lah pengetahuannya. Apabila pakaian semakin singkat, maka singatlah maruah dirinya dan keluarga serta tercalarlah keperibadian dan kehormatan diri. Lebih teruk mereka ni mengundang nafsu orang lain kepada diri mereka. Sapa yang jadi mangsa orang yang tidak bersalah.
Tetapi apekata kita hidup bebas tanpa alkohol dan asap rokok. Kesihatan diri kita terjamin. Ape yang terjadi sekiranya kita berpakaian sopan, kehoramatan kita terjamin. Bagaimana pula kalau kita sayang diri sendiri. Kita akan selamat dari semua masaalah. Firman Allah S.W.T. bermaksud. Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, DAN JANGANLAH KAMU SENGAJA MENCAMPAKKAN DIRI KAMU KE DALAM BAHAYA KEBINASAAN (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Surah Al-Baqarah ayat 195. I LOVE MY SELF sekian PutraDonuts.