Saturday, 8 October 2011

SEKILAS HATI IBU









Tercipta insan dari rusuk lelaki,
 Manis tuturnya memujuk hati,
Membaca fikiran tenang sekali,
Mengetahui kehendak tidak berbicara,
Lembutnya hati bak sutera,
Ditenun susah, dikoyak mudah,
Dimatanya berlian yang melakar cela kehidupan,
Hasil kerjanya ikhlas tidak terbatas,
Mudah memberi, jarang menerima,
Meskipun bergitu, hatinya tetap tabah,
Aliran air tangannya menjana tenaga,
Sedikit rezeki untuk kebahagiaan semua,
Harapannya mudah susah digapai,
Inginkan kebahagiaan di hujung usia,
Kasih mesra dicurah diberi,
Hatinya rumit susah difahami,
Miliki kunci setiap hudupnya,
Rahsia hidup dikongsi bersama,
Mengambarkan ia seorang penyayang,
Sekilas hati ibu tercinta. PutraDonut’s

No comments:

Post a Comment