Sunday 15 January 2012

Bersatu Untuk Berjaya
          Pada masa kini ialah zaman untuk mengejar kekayaan. Berhempas pulas kita mengejarnya untuk membaiki kehidupan semasa. Kita sanggup memberi lebih comitment untuk mengejar harta dan pangkat. Kita juga faham, bahawasanya kita lakukan ini untuk hidup. Tetapi disebalik mengejar harta dan pangkat, kita lupa akan tanggungjawab  kita sebagai seorang muslim untuk menyatukan serta memperkasakan ukwah antara satu sama yang lain.
          Kita amat sedih dengan sikap masing-masing yang saling mementingkan diri sendiri dan berhidung tinggi dengan saudara muslim yang lain. Kita juga perlu berkeras untuk menjaga hubungan persaudaraan islam dan hubungan sesama manusia. Sekiranya kita membenci seseorang, jangan lah membencinya, sebaliknya membenci perangai atau sikap buruknya sahaja. Kerana dia juga ciptaan Allah. Wahai sekalian manusia, sedarlah! Bahawasanya kemulian kita bukan letaknya pada pangkat mahupun harta, tetapi pada amalan ilmu Allah yang kita amalkan dan kemuliaan kita pada hari ini adalah kerana agama.
          Kekuatan ukwah sesama muslim adalah penting. Ini kerana supaya kita dapat merasai bagaimana eratnya perhubungan islam pada zaman Rasulullah S.A.W. Mereka saling bantu membantu, sayang-menyayangi  dan juga sikap ambil berat, bukan ambil kesempatan. Contohilah mereka. Asbabnya  dengan kekuatan mereka bersatu itulah dapat meyebarkan agama islam diseluruh pelusuk dunia. Alangkah mulianya jika kita saling bersatu dalam apa jua keadaan demi menjaga maruah bangsa dan negara untuk berjaya.
          Apa yang merungsingkan kita pada hari ini ialah lahirnya manusia yang menjadi “duri dalam daging” untuk menyakiti dam membuatkan kita bertelaga antara satu sama yang lain dan lama-kelamaan mereka mudah melatah apabila didatangi masalah yang mudah diselesaikan jika kita bersatu. Biasalah sifat manusia, ego tetap menjadi darah dan bersemadi dalam diri. Susah benar nak bersatu walaupun sudah terang lagi bersuluh yang mereka sedang berdepan dengan masalah.
          Jangan biar kita dipengaruhi atau digoda oleh permainan orang asing. Berhati-hatilah dengan permainan mereka yang sentiasa berbaik-baik untuk mencairkan kita. Baik mereka bersebab dan yang sering menjadi musuh dalam selimut, tak lain tak bukan ialah bangsa sendiri. Jika benar mereka tertarik pada kita. Mestilah mereka setuju dengan undang-undang islam yang sentiasa terpelihara dari segala yang buruk. Kami hidup penuh bermaruah. Jika kamu terlihat kesalahan yang dilakukan oleh orang islam itu sendiri. Bukan salah agama!!! Tapi salah orang itu sendiri!!!
          Mereka amat takut apabila kita bersatu. Ini kerana kita dapat membina kuasa yang kuat. Kekuasaan yang kuat itu adalah dari lontaran idea dengan ikhlas apabila kita bermusyuarah dan beristikarah semata-mata kerana Allah S.W.T. dan semangat kekeluargaan. Dengan ini kita peroleh jawapan yang tepat lagi munasabah juga boleh diterima akal. Inilah maksudnya “bersatu”. Dengan bersatu jugalah kita dapat membaik pulih segala kesulitan dengan lebih teliti.
          Ingatlah wahai sakalian manusia. Kita tak boleh mengawal berapa kadar kesukaran yang bakal kita alami. Tapi, dengan bersatu kita boleh kurangkannya. Kalau maukan hasil setahun, tanamkan bijian. Kalau maukan hasil sepuluh tahun, tanamkan buah-buahan. Kalau maukan hasil sepanjang zaman, tanamkan kemanusiaan. Sekian Donut’s.

Friday 30 December 2011

Sampah Bukan Budaya Kita

Sampah Bukan Budaya Kita

          Hari ini kita patut bersyukur kerana dapat berada di negara yang aman dari segi undang-undangnya yang telah memberi kita kebebasan yang tidak terhingga. Tapi ramai diantara kita yang mengambil kesempatan untuk memuaskan kepentingan diri sendiri dengan melakukan tabiat yang terkutuk.

          
Rata-rata tabiat terkenal yang perlu kita perbaiki ia
lah, membuang sampah. Segelintir daripada rakyat Malaysia suka membuang sampah merata-rata seperti, membuang sampah dari tingkap kereta, flat dan sebagainya. Kadang kala saya memahami pada mereka yang gemar akan manisan atau gula-gula getah. Mereka suka pada manisan tetapi segelintir daripadanya mempunyai perangai yang tidak manis untuk di contohi. Memang bukan semua tempat disediakan bakul sampah, tapi tak salah kalau kita cuba simpan saja plastik tersebut kedalam saku. Sampah seperti ini tidak seberat 15kilo untuk dibebani tetapi hanya beberapa miligram sahaja. Saya pasti jika mereka berada di Negara Singapura pasti mereka segan dengan secara automatik mereka akan mengikut peraturan atau undang negara tersebut.
        Mengapa kita harus bersopan dan menjaga disiplin ketika berada di negara orang lain berbanding negara sendiri? Saya faham kita perlu menjaga disiplin dinegara orang lain supaya dapat menjaga air muka negara sendiri. Saya puji sikap berikut. Tapi apakah kekal kedisiplinan orang yang kita guna pakai pada hari itu hingga ke hari ini? Jika berbalik ke negara sendiri masih membuat tabiat yang sama, apa pula pandangan orang asing tentang negara kita. Mesti mereka terkejut dan mengutuk perkara yang terkutuk yang dilakukan segelintir rakyat malaysia yang terkutuk juga sudah menjadi tabiat mereka.
        Sifat seperti berikut harus dibendung  supaya dapat menjaga keselamatan, sekitar dan orang ramai. Mengapa keselamatan dikaitkan  dengan kebersihan? Ini adalah perkara wajib yang patut kita ketahui asbabnya. Sampah yang dibuang merata tempat atau dibuang tidak tepat dengan cara pembuangannya akan menyebabkan suasana itu tercemar dan tidak disenangi oleh semua orang.
        Situasi pertama. Jika pembuangan sampah itu tidak dikawal, lama kelamaan ia akan menjadi banyak dan bertaburan. Sampah yang banyak juga akan menghasilkan bekteria dan bekteria tersebut pula akan menghasilkan gas. Gas ini akan bergerak bersama-sama molekul dan kita akan menghirup udara yang tidak meyenangkan mungkin akan menjejaskan kesihatan manusia.
        Situasi kedua. Sampah yang dibuang merata tempat akan merambang mata haiwan. Haiwan tidak mempunyai mata seperti manusia yang jelas semua warna. Disebabkan itu haiwan akan menganggap sampah yang dibuang itu adalah makanan. Apabila haiwan tersebut bertindak untuk memakan sampah, ia akan tercekik dan boleh membawa maut.
Wahai umat manusia. Jika kita melakukan kerja-kerja pembersihan, saya pasti kita tidak akan rugi apa-apa pun. Malah sikap ini dipuji dan disenangi oleh setiap kehidupan yang hidup di dunia. Saya juga yakin mana-mana agama mengajar kita agar melakukan kerja-kerja pembersihan dan bersih dari segala yang kotor. Cukuplah kita merosakkan budaya sosial dari yang sihat jadi yang dahsyat. Jika budaya sosial  tidak dapat dibendung, mulakanlah dengan budaya yang bersih. Insyaallah (dengan izin Allah) daripada menjaga kebersihan sekitar kita lama-kelamaan kita dapat menjaga kebersihan hati. Inggatlah, sampah bukan budaya kita.

Sunday 11 December 2011

Jangan Benar Gagal Berulang

Jangan Benar Gagal Berulang

          Pernah satu ketika saya berada di ambang kegagalan.  Pada masa itu saya berasa seperi hidup akan gelap dan hidup dengan penuh kegagalan. Duniawi yang berwarna-warni kian pudar apabila orang yang melihat sering berkata dan merendah-rendahkankita dengan keadaan yang kita alami. Sedikit cahaya diberi Ilahi (Allah S.W.T.) apabila pintu hati ini di buka bagi menilai kelemahan diri sendiri. Seorang aku diberi petunjuk untuk mengakui kelemahan diri sendiri  dengan jujur dan tanpa menipu diri sendiri.
          Usah dikenang yang tak menjadi, jika dikenang buat sakit hati. Memang benar kata-kata pujangga itu. Tapi selagi perkara yang tak menjadi itu adalah pengajaran, haruslah dikenang. “hidup ni macam-macam ragam, pahit ke manis ke telan je. Sebab care tu lah kite nak kenal arti kehidupan”(berikut kata orang tua ku). Jika dalam seharian hidup kita didatangi kegagalan, jangan pula kita mudah atau cepat putus asa. Bagi saya setiap kali saya mengalami kegagalan dalam hidup saya, saya akan menganggap kegagalan itu merupakan batu loncatan untuk saya terus berjaya. ‘Mana datangnya kejayaan kalau tidak dari kegagalan’.
          Setiap hari kita akan didatangi dengan pelbagai ujian. Tak kira besar, tidak kira pula yang kecil. Sampai masa hari itu akan berlalu. Jika ujian yang kita alami gagal diatasi cubalah bermuasabah diri. Jangan benar gagal berulang dan terus menggagalkan kita. Lihatlah cermin buka mata luas-luas, bagi 3 kelebihan pada diri sendiri dan cuba akui dengan jujur 3 kelemahan dalam diri sendiri. Cuba atasi kelemahan tersebut. Jika kita dapat mengatasi satu daripada kelemahan kita, itulah mercu tanda kejayaan. Cara ini lebih mulia jika dibandingkan dengan merosakkan diri dengan “rokok, alcohol, dadah dan lain-lain”.
          Belajar dari pengalaman untuk mengajar kita lebih kental untuk menentang kegagalan. Seandainya kita tidak mempunyai pengalaman, tak salah kalau kita mencarinya. Jangan beri alasan kerana orang yang sentiasa memberi alasan adalah orang yang gagal. Saya banyak belajar dari pengalaman yang sangat asas iaitu, membantu orang dengan kerja mudah. Lama-kelamaan saya belajar sesuatu yang baru, iaitu penyelesai masalah. Seterusnya akan lahirnya sesuatu pengalaman yang mendalam dan boleh membimbing untuk lebih mudah mengatasi kegagalan. Inilah yang saya pergunakan ketika saya di ambang kegagalan.
          Apa yang saya ingin perjelaskan adalah. Jangan kita kalah atau gagal pada diri sendiri. Sebabnya apa yang ada pada kita itulah kita. Sanggupkah kita menggagalkan diri sendiri? Saya yakin jika kita berani menentang kegagalan kita berani menghadapi segala-galanya dan jangan benar gagal berulang.

Saturday 3 December 2011

Siapa Aku Beberapa Tahun Akan Datang?!


Siapa Aku Beberapa Tahun Akan Datang?!

          Siapa aku beberapa tahun akan datang? Biasanya apabila berseorangan, sebelum tidur atau melihat rakan yang lebih tua dari saya, saya akan terfikir tentang masa depan. Perkara yang sama berulang apabila terpandang raut wajah adik-beradik dan kedua ibu bapa yang disayangi. Dimanakah kita ketika seusia mereka?terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan, daripada keselesaan hidup, perjalanan kehidupan dan corak permainan kita ketika usia itu. Apakah yang kita rancangkan akan terhasil 100%.
          Perkara yang paling penting adalah, perjuangan dan apakah ilmu  yang bersama kita ketika usia itu. Selesakah kewangan kita, tempat duduk kita dan keperluan kita. Saya berkata-kata seperti takut menghadapi masa depan. Saya bukannya takut menghadapi masa depan, tetapi ada sedikit risau pada diri sendiri. Terjagakah sosial budaya dan agama yang dijuangkan, tak lupa juga pada kekuatan dirisendiri untuk melawan segala permainan nafsu. Cukupkah kekuatan kita untuk melawan semua ini pada masa hadapan. Beringatlah apa yang bakal terjadi pada masa hadapan, adalah lebih dasyat  daripada apa yang kita bayangkan pada hari ini.
          Ambilah sedikit masa untuk memperbaiki diri sendiri pada masa hadapan. Tidak kira dari segi kemampuan kesihatan dan pengaruh. Untuk menghadapi masa hadapan yang amat sukar. Persediaan untuk menahan diri daripada ujian, perlulah lebih bersedia dan harus ditingkatkan. Ini kerana ujian demi ujian bakal menimpa dan terus menyelubungi hidup kita. Kita harus kuat, harus kental daripada ujian-ujian ini. Maka ada lagi ujian yang lebih dasyat bakal menimpa.
          Semalam adalah sejarah, hari ini adalah reality, esok adalah harapan. Perpatah yang disebut berkaitan dengan sejarah. Meskipun kita sedang menuju kehadapan. Sejarah bermaksud perkara yang telah berlalu. Selalunya perkara yang telah berlalu ini dikaitkan dengan kesilapan. Jadi jika siapa mempelajari sejarah, dia mempelajari kesilapan. Percayalah, jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan rugi apa-apa pun, malah kita akan lebih maju kehadapan asbabnya kita pelajari dari kesilapan. Lahirnya kesilapan untuk kita memperbaiki, bukan menyukarkan lagi keadaan. Sejarah adalah perkara terbaik untuk kita pelajari dan jadikan pegangan untuk kita perjuangkan pada masa hadapan. Tanpa sejarah siapalah kita dan tanpa semalam siapalah hari ini.
          Sekapur sirih yang boleh saya perjelaskan dalam tajuk siapakah aku beberapa tahun akan datang ialah. Adalah penting untuk kita  menambil masa dan merenungi diri sendiri dengan lebih dalam, ikhlas dan jujur. Kita perlu bangun untuk mencipta kegemilangan demi menjadi kita yang berguna pada masa hadapan. Saya juga berharap kita dapat pelajari dari sejarah dan “jadilah seperti lebah yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dan jangan jadi seperti langau yang merosakkan”. Apa yang saya ingin mamperingatkan ialah. Selagi kita tidak mengaku kelemahan yang sebenar pada diri sendiri selagi itu kita gagal membentuk diri sendiri. Donut’s

Friday 2 December 2011

BERNILAINYA SEORANG ANAK MELAYU, ISLAM

BERNILAINYA SEORANG ANAK MELAYU, ISLAM

         Setalah 54 tahun Tanah Melayu di merdekakan, apakah yang dapat kita belajar daripada lebih 400 tahun dijajah oleh Portugis,Belanda,Siam, Jepun, British, Dan Komunis. Peperangan awal di Melaka pada tahun 1511 yang diserang oleh Portugis menggunakan perairan Selat Melaka.
          Melaka merupakan selat yang tersohor pada masa dahulu kerana kedudukan yang strategik dan kaya dengan sumber rampah ratus, getah juga kaya dengan perlombongan emas. Tahukah anda, dahulunya Tanah Melayu pernah digelar Semenajung Emas. Oleh itu, ramai perniaga dan perkapalan membawa masuk pekerja buruh asing untuk bekerja di Tanah Melayu, kemasukan buruh asing ini merungsingkan orang maleyu sendiri kerana saingan amatlah tinggi. Sehinggakan terlahirnya golongan lanun yang ingin merampas segala kekayaan.
          Para lanun ini teleh digetarkan oleh Hukum Kanun Melaka. 
Hukum Kanun Melaka merupakan hukum Islam pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri Melaka. Inilah letaknya  nilai anak Melayu Islam yang melontarkan Hukum Kanun Melaka ke mata dunia.
          Tidak lama kemudian, Tanah Melayu kian pesat dengan pembangunan dan ditukarkan nama kepada Malaysia. Apa yang ada di Malaysia membuatkan orang asing tertarik kepada negara kecil ini? Ya! Kita ada Menara Berkembar Petronas dan Kuala Lumpur City Center (KLCC). Nilai seorang anak Melayu yang bernama Mahathir bin Mohamad telah memperkenalkan Menara Berkembar Petronas kepada Malaysia, sekali gus telah menjadi menara berkembar tertinggi di dunia. Sehingga hari ini, masih megah berdiri di Tanah Melayu(Malaysia).
          Seorang anak melayu juga telah mengharumkan industri perfileman hingga keperingkat antarabangsa yang telah dikerah oleh Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh (P.Ramlee). beliau juga tidak lepu dengan semangat memperjuangkan sejarah tanah air dan filem yang memperjuangkan kemerdekaan. Banyak cerita yang beliau hasilkan menjadi hiburan, renungan dan pengajaran pada masa kini.
          Beringatlah anak Melayu, selagi pijaknya kamu di Tanah Melayu, selagi itu kamu bernilai. Bernilailah kamu dengan bermaruah dan beragamakan Islam. Itulah Melayu. Perjuangan tidak akan selesai selagi hayat dikandung badan. Selagi tanah bernama Melayu, selagi islam tercinta megah dijulang.
          Bacalah sejarah dan belajarlah dari sejarah. Jangan pula kita lupa daratan. Ingatlah Melayu, janganlah bersikap perkauman, terimalah ia selagi ia bernamakan islam. Jika tidak, berbaik-baiklah kita sesama manusia. Merdekakanlah permikiran yang masih dikong-kong oleh ketaksuban terhadap bangsa agar kita tidak terpesong jauh dan tidak kembali ke zaman jahilyah. Berbanggalah dengan nama Melayu dan Islam.

Sunday 27 November 2011

Budaya Hormat Menghormati

KERJA

Dahulunya saya bekerja di sebuah kedai serbaneka yang terkenal. Asalnya saya bekerja sebagai penyapu dan membersihkan lantai. Setelah seminggu bekerja saya dipindahkan ke kauter pembayaran dan membuat lebih banyak kerja. Saya melihat dan mempelajari gelagat manusia menerusi pintu masuk hingga ke kauter pembayaran.
          Ada di antara pelanggan yang tidak reti menghormati kita sebagai pekerja. Perlukah kita mencampakkan duit pada pekerja, sehingga dia terpaksa mengutip wang tersebut? Lafas saya dengan tenang, “cik, saya bekerja bekerja sebagai pelayan di sini bukannya menggemis dan meminta sedekah atau meminta-minta duit pada cik, saya dibayar untuk menyelesaikan masalah cik sahaja, dan saya memohon jasa baik cik, untuk saling menghormati antara satu sama lain”. Dengan muka sombong, dia beredar. Orang sebegini rupa harus berubah, takut terjerat. Angin manusia lain-lain.

PENDAPAT

Kebiasaannya saya kerab berkongsi pendapat secara ilmiah bersama rakan-rakan, tidak kira sesiapa pun. Malangnya ada diantara mereka tidak suka menghormati pendapat orang lain, tidak kira lah dari segi senior, veteran dan rakan sebaya mahu pun yang muda. Tetapi disebabkan semangat, dapat jua saya bersabar dengan sebilangan orang ini. Ada kalanya pendapat saya di bantah habis habisan, sehinggakan saya ditindas. Adakah ini cara paling wajar kita menerima penapat orang lain? Mengutuk, menghina, dan mengetepikan orang tersebut. Bagi saya cara lebih baik ialah. Menghormati pendapat orang lain, mendengar dengan teliti dan ambil isi-isi penting dan supaya dapat kita bertindak dengan prograsif dan positif. Tindakan itu adalah tindakan yang paling profesional. Jika benar kita menghormati pendapat orang lain, mereka juga akan menghormati pendapat kita, jika tidak! Sebaliknya akan berlaku.

PANGKAT + PERANAN = PENGARUH

Dimana jua kita berada, pangkat dan jawatan selalu memainkan peranan yang besar. Apakah peranan itu? Peranan bermaksud pengaruh. Jika kita hendak menjadi seorang berpengaruh, kita mesti buang segala sikap ego, tinggi diri, megah dan cakap besar. Ianya diibaratkan separti “baru dapat kuasa, sudah mula tunjuk belang”. Sikap tidak rasional ini memang ada pada setiap manusia, cuma mereka perlu buangkan. Bagaimana kita hendak tahu orang itu sudah membuang sikap-sikap ini?
          Orang itu mestilah pandai menghormati orang tidak kira pangkat dan darjat orang itu, dia juga ikhlas melakukan perkara yang dihormati tidak segan bertegur mereka yang bawah pangkat darinya, ramah serta murah senyuman.sakalian manusia, ikutlah sikap seperti ini dan jadikan perpatah ini tangkal buat diri sendiri. “jika yang tua hormat yang muda, pasti yang muda hormat yang tua”.

KITA BOLEH

Tidak kira kita bekerja sebagai orang bawah, buruh, nelayan, cok sawi, getah dan sebagainya. Berbangga dan hargailah setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan titik peluh serta menjana rezeki yang halal lagi baik. Bekerjalah dengan jujur ikhlas kerana Allah S.W.T. dan sentiasa memberi comitment dan pandangan yang wajar lagi positif serta sentiasa berkeyakinan dan memantopkan diri lagi dan lagi untuk terus berjaya.
          Justeru, dalam mana-mana posisi sekalipun kita berada. Perkara yang paling orang nilai ialah, cara kita menghormati orang. Oleh itu, jadikanlah budaya “hormat menghormati” sebagai isi dan kuku untuk dijadikan sebagai pedoman serta menjadi seorang yang bermaruah dan disegani dengan budaya “hormat menghormati” yang kita amalkan. “Adakah kita terlalu sempurna sehingga tidak boleh ditegur”.Donut’s

Saturday 12 November 2011

ADAKAH AKU MELAYU BERMARUAH

ADAKAH AKU MELAYU BERMARUAH

Cuba angkat tangan letak dekat dekat hati dan lafaslah dengan jujur. “adakah aku melayu bermaruah”. Hampir setiap malam saya akan berbuat demikian untuk menyedarkan diri sendiri. Sekujur badan yang lemah ini sering berfikir tentang kemasyarakatan yang kian dahsyat dengan godaan hawa nafsu serta hasutan syaitan yang membawa kita kepada keruntuhan akhlak seperti gejala sosial yang tidak sihat. Begitu mudah kita terpedaya dengan tusukan budaya barat, sehinggakan mengetepikan agama dan lebih menyedihkan. Ada segelintir mereka yang meletakkan budaya melayu dan islam sebagai budaya picisan.
Kemudian sekujur badan ini  berkata lagi “apakah aku seorang islam bermaruah”. Lantas saya berfikir tentang agama yang dijulang kian pudar. Kepudaran ini amatlah nyata apabila melihat pada anak melayu sendiri yang masih dibuai dengan permainan dunia. Berapa ramai anak melayu yang tidak menghisab rokok, dadah atau mangambil alcohol dan berapa ramai pula diantara mereka yang mengikut pantang larang agama?
Kadang-kadang saya terfikir akan kekuasaan melayu di muka bumi melayu? Kelihatan ramai warga belia suka akan pertubuhan melayu itu sendiri. Bersifat akrab, islamic dan kemelayuan. Tetapi, apakah jenis melayu yang dipertahankan oleh mereka. Sedangkan perbuatan mungkar lebih teruk berbanding sebelumnya. Malah jauh lebih hebat, mereka sanggup menjual nama pertubuhan supaya dipandang tinggi dan dikagumi, ada pula diantara mereka yang mencabar hukum agama supaya disanjung kerana keberanian melanggar hukum agama. Apakah ini jenis melayu bermaruah?
Orang melayu nampaknya tidak suka akan sejarah. Saya sudah melihat perkara ini dari kaca mata orang lain. Mereka tidak banyak mempelajari daripada sejarah, sebaliknya mereka lebih gemar menceritakan cerita dongeng untuk ego, supaya dapat menyedapkan hati mereka. Hakikatnya, kebenaran itu menyedihkan.
Ramai diantara kita mudah bersengketa, berpecah serta mengaibkan orang. Mereka tidak sanggup mengejar ilmu, tidak sanggup menejar Allah S.W.T, mereka juga sering mempersendakan orang lain apabila dikalangan mereka ada yang ingin mengejar ilmu dan ingin ke jalan Allah. Tidakkah mereka sedar, dalam azan menyeru kita ke menuju kejayaan? Apalagi yang lebih menyedihkan apabila orang itu melaggar hukum agama dan menyatakan kesesatan itu adalah benar.
Kita sanggup menjatuhkan semangat orang yang berkobar-kobar, kita sanggup mengetepikan orang yang lebih berilmu dari kita. Kita sering kali menilai orang tanpa mengetahuinya terlebih dahulu . Sepanjang hidup saya, inilah orang yang  disanjung. Mana pergi orang berilmu? Dimana islam dalam melayu dan dimana melayu dalam islam.
Namun demikian, bukan mudah sebenrnya kita kalah dengan permainan boneka di dunia ini, hanya mereka yang kental akan bertahan. Justeru, sudah tiba masa kita berfikiran matang dengan meletakkan maruah orang melayu dan islam ke tahap yang lebih bermaruah.
Seperti yang diperkatakan oleh Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah “bangsa yang berjaya meneruskan kecermelangan dan kelangsungan bangsanya merupakan bangsa yang sentiasa berpegang teguh kepada asas kepercayaan agama dan mengambil iktibar daripada sejarah. Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran: “jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan”.