Saturday 12 November 2011

ADAKAH AKU MELAYU BERMARUAH

ADAKAH AKU MELAYU BERMARUAH

Cuba angkat tangan letak dekat dekat hati dan lafaslah dengan jujur. “adakah aku melayu bermaruah”. Hampir setiap malam saya akan berbuat demikian untuk menyedarkan diri sendiri. Sekujur badan yang lemah ini sering berfikir tentang kemasyarakatan yang kian dahsyat dengan godaan hawa nafsu serta hasutan syaitan yang membawa kita kepada keruntuhan akhlak seperti gejala sosial yang tidak sihat. Begitu mudah kita terpedaya dengan tusukan budaya barat, sehinggakan mengetepikan agama dan lebih menyedihkan. Ada segelintir mereka yang meletakkan budaya melayu dan islam sebagai budaya picisan.
Kemudian sekujur badan ini  berkata lagi “apakah aku seorang islam bermaruah”. Lantas saya berfikir tentang agama yang dijulang kian pudar. Kepudaran ini amatlah nyata apabila melihat pada anak melayu sendiri yang masih dibuai dengan permainan dunia. Berapa ramai anak melayu yang tidak menghisab rokok, dadah atau mangambil alcohol dan berapa ramai pula diantara mereka yang mengikut pantang larang agama?
Kadang-kadang saya terfikir akan kekuasaan melayu di muka bumi melayu? Kelihatan ramai warga belia suka akan pertubuhan melayu itu sendiri. Bersifat akrab, islamic dan kemelayuan. Tetapi, apakah jenis melayu yang dipertahankan oleh mereka. Sedangkan perbuatan mungkar lebih teruk berbanding sebelumnya. Malah jauh lebih hebat, mereka sanggup menjual nama pertubuhan supaya dipandang tinggi dan dikagumi, ada pula diantara mereka yang mencabar hukum agama supaya disanjung kerana keberanian melanggar hukum agama. Apakah ini jenis melayu bermaruah?
Orang melayu nampaknya tidak suka akan sejarah. Saya sudah melihat perkara ini dari kaca mata orang lain. Mereka tidak banyak mempelajari daripada sejarah, sebaliknya mereka lebih gemar menceritakan cerita dongeng untuk ego, supaya dapat menyedapkan hati mereka. Hakikatnya, kebenaran itu menyedihkan.
Ramai diantara kita mudah bersengketa, berpecah serta mengaibkan orang. Mereka tidak sanggup mengejar ilmu, tidak sanggup menejar Allah S.W.T, mereka juga sering mempersendakan orang lain apabila dikalangan mereka ada yang ingin mengejar ilmu dan ingin ke jalan Allah. Tidakkah mereka sedar, dalam azan menyeru kita ke menuju kejayaan? Apalagi yang lebih menyedihkan apabila orang itu melaggar hukum agama dan menyatakan kesesatan itu adalah benar.
Kita sanggup menjatuhkan semangat orang yang berkobar-kobar, kita sanggup mengetepikan orang yang lebih berilmu dari kita. Kita sering kali menilai orang tanpa mengetahuinya terlebih dahulu . Sepanjang hidup saya, inilah orang yang  disanjung. Mana pergi orang berilmu? Dimana islam dalam melayu dan dimana melayu dalam islam.
Namun demikian, bukan mudah sebenrnya kita kalah dengan permainan boneka di dunia ini, hanya mereka yang kental akan bertahan. Justeru, sudah tiba masa kita berfikiran matang dengan meletakkan maruah orang melayu dan islam ke tahap yang lebih bermaruah.
Seperti yang diperkatakan oleh Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah “bangsa yang berjaya meneruskan kecermelangan dan kelangsungan bangsanya merupakan bangsa yang sentiasa berpegang teguh kepada asas kepercayaan agama dan mengambil iktibar daripada sejarah. Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran: “jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan”.

No comments:

Post a Comment