Sunday 15 January 2012

Bersatu Untuk Berjaya
          Pada masa kini ialah zaman untuk mengejar kekayaan. Berhempas pulas kita mengejarnya untuk membaiki kehidupan semasa. Kita sanggup memberi lebih comitment untuk mengejar harta dan pangkat. Kita juga faham, bahawasanya kita lakukan ini untuk hidup. Tetapi disebalik mengejar harta dan pangkat, kita lupa akan tanggungjawab  kita sebagai seorang muslim untuk menyatukan serta memperkasakan ukwah antara satu sama yang lain.
          Kita amat sedih dengan sikap masing-masing yang saling mementingkan diri sendiri dan berhidung tinggi dengan saudara muslim yang lain. Kita juga perlu berkeras untuk menjaga hubungan persaudaraan islam dan hubungan sesama manusia. Sekiranya kita membenci seseorang, jangan lah membencinya, sebaliknya membenci perangai atau sikap buruknya sahaja. Kerana dia juga ciptaan Allah. Wahai sekalian manusia, sedarlah! Bahawasanya kemulian kita bukan letaknya pada pangkat mahupun harta, tetapi pada amalan ilmu Allah yang kita amalkan dan kemuliaan kita pada hari ini adalah kerana agama.
          Kekuatan ukwah sesama muslim adalah penting. Ini kerana supaya kita dapat merasai bagaimana eratnya perhubungan islam pada zaman Rasulullah S.A.W. Mereka saling bantu membantu, sayang-menyayangi  dan juga sikap ambil berat, bukan ambil kesempatan. Contohilah mereka. Asbabnya  dengan kekuatan mereka bersatu itulah dapat meyebarkan agama islam diseluruh pelusuk dunia. Alangkah mulianya jika kita saling bersatu dalam apa jua keadaan demi menjaga maruah bangsa dan negara untuk berjaya.
          Apa yang merungsingkan kita pada hari ini ialah lahirnya manusia yang menjadi “duri dalam daging” untuk menyakiti dam membuatkan kita bertelaga antara satu sama yang lain dan lama-kelamaan mereka mudah melatah apabila didatangi masalah yang mudah diselesaikan jika kita bersatu. Biasalah sifat manusia, ego tetap menjadi darah dan bersemadi dalam diri. Susah benar nak bersatu walaupun sudah terang lagi bersuluh yang mereka sedang berdepan dengan masalah.
          Jangan biar kita dipengaruhi atau digoda oleh permainan orang asing. Berhati-hatilah dengan permainan mereka yang sentiasa berbaik-baik untuk mencairkan kita. Baik mereka bersebab dan yang sering menjadi musuh dalam selimut, tak lain tak bukan ialah bangsa sendiri. Jika benar mereka tertarik pada kita. Mestilah mereka setuju dengan undang-undang islam yang sentiasa terpelihara dari segala yang buruk. Kami hidup penuh bermaruah. Jika kamu terlihat kesalahan yang dilakukan oleh orang islam itu sendiri. Bukan salah agama!!! Tapi salah orang itu sendiri!!!
          Mereka amat takut apabila kita bersatu. Ini kerana kita dapat membina kuasa yang kuat. Kekuasaan yang kuat itu adalah dari lontaran idea dengan ikhlas apabila kita bermusyuarah dan beristikarah semata-mata kerana Allah S.W.T. dan semangat kekeluargaan. Dengan ini kita peroleh jawapan yang tepat lagi munasabah juga boleh diterima akal. Inilah maksudnya “bersatu”. Dengan bersatu jugalah kita dapat membaik pulih segala kesulitan dengan lebih teliti.
          Ingatlah wahai sakalian manusia. Kita tak boleh mengawal berapa kadar kesukaran yang bakal kita alami. Tapi, dengan bersatu kita boleh kurangkannya. Kalau maukan hasil setahun, tanamkan bijian. Kalau maukan hasil sepuluh tahun, tanamkan buah-buahan. Kalau maukan hasil sepanjang zaman, tanamkan kemanusiaan. Sekian Donut’s.

No comments:

Post a Comment