Friday 30 December 2011

Sampah Bukan Budaya Kita

Sampah Bukan Budaya Kita

          Hari ini kita patut bersyukur kerana dapat berada di negara yang aman dari segi undang-undangnya yang telah memberi kita kebebasan yang tidak terhingga. Tapi ramai diantara kita yang mengambil kesempatan untuk memuaskan kepentingan diri sendiri dengan melakukan tabiat yang terkutuk.

          
Rata-rata tabiat terkenal yang perlu kita perbaiki ia
lah, membuang sampah. Segelintir daripada rakyat Malaysia suka membuang sampah merata-rata seperti, membuang sampah dari tingkap kereta, flat dan sebagainya. Kadang kala saya memahami pada mereka yang gemar akan manisan atau gula-gula getah. Mereka suka pada manisan tetapi segelintir daripadanya mempunyai perangai yang tidak manis untuk di contohi. Memang bukan semua tempat disediakan bakul sampah, tapi tak salah kalau kita cuba simpan saja plastik tersebut kedalam saku. Sampah seperti ini tidak seberat 15kilo untuk dibebani tetapi hanya beberapa miligram sahaja. Saya pasti jika mereka berada di Negara Singapura pasti mereka segan dengan secara automatik mereka akan mengikut peraturan atau undang negara tersebut.
        Mengapa kita harus bersopan dan menjaga disiplin ketika berada di negara orang lain berbanding negara sendiri? Saya faham kita perlu menjaga disiplin dinegara orang lain supaya dapat menjaga air muka negara sendiri. Saya puji sikap berikut. Tapi apakah kekal kedisiplinan orang yang kita guna pakai pada hari itu hingga ke hari ini? Jika berbalik ke negara sendiri masih membuat tabiat yang sama, apa pula pandangan orang asing tentang negara kita. Mesti mereka terkejut dan mengutuk perkara yang terkutuk yang dilakukan segelintir rakyat malaysia yang terkutuk juga sudah menjadi tabiat mereka.
        Sifat seperti berikut harus dibendung  supaya dapat menjaga keselamatan, sekitar dan orang ramai. Mengapa keselamatan dikaitkan  dengan kebersihan? Ini adalah perkara wajib yang patut kita ketahui asbabnya. Sampah yang dibuang merata tempat atau dibuang tidak tepat dengan cara pembuangannya akan menyebabkan suasana itu tercemar dan tidak disenangi oleh semua orang.
        Situasi pertama. Jika pembuangan sampah itu tidak dikawal, lama kelamaan ia akan menjadi banyak dan bertaburan. Sampah yang banyak juga akan menghasilkan bekteria dan bekteria tersebut pula akan menghasilkan gas. Gas ini akan bergerak bersama-sama molekul dan kita akan menghirup udara yang tidak meyenangkan mungkin akan menjejaskan kesihatan manusia.
        Situasi kedua. Sampah yang dibuang merata tempat akan merambang mata haiwan. Haiwan tidak mempunyai mata seperti manusia yang jelas semua warna. Disebabkan itu haiwan akan menganggap sampah yang dibuang itu adalah makanan. Apabila haiwan tersebut bertindak untuk memakan sampah, ia akan tercekik dan boleh membawa maut.
Wahai umat manusia. Jika kita melakukan kerja-kerja pembersihan, saya pasti kita tidak akan rugi apa-apa pun. Malah sikap ini dipuji dan disenangi oleh setiap kehidupan yang hidup di dunia. Saya juga yakin mana-mana agama mengajar kita agar melakukan kerja-kerja pembersihan dan bersih dari segala yang kotor. Cukuplah kita merosakkan budaya sosial dari yang sihat jadi yang dahsyat. Jika budaya sosial  tidak dapat dibendung, mulakanlah dengan budaya yang bersih. Insyaallah (dengan izin Allah) daripada menjaga kebersihan sekitar kita lama-kelamaan kita dapat menjaga kebersihan hati. Inggatlah, sampah bukan budaya kita.

No comments:

Post a Comment