Sunday 27 November 2011

Budaya Hormat Menghormati

KERJA

Dahulunya saya bekerja di sebuah kedai serbaneka yang terkenal. Asalnya saya bekerja sebagai penyapu dan membersihkan lantai. Setelah seminggu bekerja saya dipindahkan ke kauter pembayaran dan membuat lebih banyak kerja. Saya melihat dan mempelajari gelagat manusia menerusi pintu masuk hingga ke kauter pembayaran.
          Ada di antara pelanggan yang tidak reti menghormati kita sebagai pekerja. Perlukah kita mencampakkan duit pada pekerja, sehingga dia terpaksa mengutip wang tersebut? Lafas saya dengan tenang, “cik, saya bekerja bekerja sebagai pelayan di sini bukannya menggemis dan meminta sedekah atau meminta-minta duit pada cik, saya dibayar untuk menyelesaikan masalah cik sahaja, dan saya memohon jasa baik cik, untuk saling menghormati antara satu sama lain”. Dengan muka sombong, dia beredar. Orang sebegini rupa harus berubah, takut terjerat. Angin manusia lain-lain.

PENDAPAT

Kebiasaannya saya kerab berkongsi pendapat secara ilmiah bersama rakan-rakan, tidak kira sesiapa pun. Malangnya ada diantara mereka tidak suka menghormati pendapat orang lain, tidak kira lah dari segi senior, veteran dan rakan sebaya mahu pun yang muda. Tetapi disebabkan semangat, dapat jua saya bersabar dengan sebilangan orang ini. Ada kalanya pendapat saya di bantah habis habisan, sehinggakan saya ditindas. Adakah ini cara paling wajar kita menerima penapat orang lain? Mengutuk, menghina, dan mengetepikan orang tersebut. Bagi saya cara lebih baik ialah. Menghormati pendapat orang lain, mendengar dengan teliti dan ambil isi-isi penting dan supaya dapat kita bertindak dengan prograsif dan positif. Tindakan itu adalah tindakan yang paling profesional. Jika benar kita menghormati pendapat orang lain, mereka juga akan menghormati pendapat kita, jika tidak! Sebaliknya akan berlaku.

PANGKAT + PERANAN = PENGARUH

Dimana jua kita berada, pangkat dan jawatan selalu memainkan peranan yang besar. Apakah peranan itu? Peranan bermaksud pengaruh. Jika kita hendak menjadi seorang berpengaruh, kita mesti buang segala sikap ego, tinggi diri, megah dan cakap besar. Ianya diibaratkan separti “baru dapat kuasa, sudah mula tunjuk belang”. Sikap tidak rasional ini memang ada pada setiap manusia, cuma mereka perlu buangkan. Bagaimana kita hendak tahu orang itu sudah membuang sikap-sikap ini?
          Orang itu mestilah pandai menghormati orang tidak kira pangkat dan darjat orang itu, dia juga ikhlas melakukan perkara yang dihormati tidak segan bertegur mereka yang bawah pangkat darinya, ramah serta murah senyuman.sakalian manusia, ikutlah sikap seperti ini dan jadikan perpatah ini tangkal buat diri sendiri. “jika yang tua hormat yang muda, pasti yang muda hormat yang tua”.

KITA BOLEH

Tidak kira kita bekerja sebagai orang bawah, buruh, nelayan, cok sawi, getah dan sebagainya. Berbangga dan hargailah setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan titik peluh serta menjana rezeki yang halal lagi baik. Bekerjalah dengan jujur ikhlas kerana Allah S.W.T. dan sentiasa memberi comitment dan pandangan yang wajar lagi positif serta sentiasa berkeyakinan dan memantopkan diri lagi dan lagi untuk terus berjaya.
          Justeru, dalam mana-mana posisi sekalipun kita berada. Perkara yang paling orang nilai ialah, cara kita menghormati orang. Oleh itu, jadikanlah budaya “hormat menghormati” sebagai isi dan kuku untuk dijadikan sebagai pedoman serta menjadi seorang yang bermaruah dan disegani dengan budaya “hormat menghormati” yang kita amalkan. “Adakah kita terlalu sempurna sehingga tidak boleh ditegur”.Donut’s

No comments:

Post a Comment