Sunday 11 December 2011

Jangan Benar Gagal Berulang

Jangan Benar Gagal Berulang

          Pernah satu ketika saya berada di ambang kegagalan.  Pada masa itu saya berasa seperi hidup akan gelap dan hidup dengan penuh kegagalan. Duniawi yang berwarna-warni kian pudar apabila orang yang melihat sering berkata dan merendah-rendahkankita dengan keadaan yang kita alami. Sedikit cahaya diberi Ilahi (Allah S.W.T.) apabila pintu hati ini di buka bagi menilai kelemahan diri sendiri. Seorang aku diberi petunjuk untuk mengakui kelemahan diri sendiri  dengan jujur dan tanpa menipu diri sendiri.
          Usah dikenang yang tak menjadi, jika dikenang buat sakit hati. Memang benar kata-kata pujangga itu. Tapi selagi perkara yang tak menjadi itu adalah pengajaran, haruslah dikenang. “hidup ni macam-macam ragam, pahit ke manis ke telan je. Sebab care tu lah kite nak kenal arti kehidupan”(berikut kata orang tua ku). Jika dalam seharian hidup kita didatangi kegagalan, jangan pula kita mudah atau cepat putus asa. Bagi saya setiap kali saya mengalami kegagalan dalam hidup saya, saya akan menganggap kegagalan itu merupakan batu loncatan untuk saya terus berjaya. ‘Mana datangnya kejayaan kalau tidak dari kegagalan’.
          Setiap hari kita akan didatangi dengan pelbagai ujian. Tak kira besar, tidak kira pula yang kecil. Sampai masa hari itu akan berlalu. Jika ujian yang kita alami gagal diatasi cubalah bermuasabah diri. Jangan benar gagal berulang dan terus menggagalkan kita. Lihatlah cermin buka mata luas-luas, bagi 3 kelebihan pada diri sendiri dan cuba akui dengan jujur 3 kelemahan dalam diri sendiri. Cuba atasi kelemahan tersebut. Jika kita dapat mengatasi satu daripada kelemahan kita, itulah mercu tanda kejayaan. Cara ini lebih mulia jika dibandingkan dengan merosakkan diri dengan “rokok, alcohol, dadah dan lain-lain”.
          Belajar dari pengalaman untuk mengajar kita lebih kental untuk menentang kegagalan. Seandainya kita tidak mempunyai pengalaman, tak salah kalau kita mencarinya. Jangan beri alasan kerana orang yang sentiasa memberi alasan adalah orang yang gagal. Saya banyak belajar dari pengalaman yang sangat asas iaitu, membantu orang dengan kerja mudah. Lama-kelamaan saya belajar sesuatu yang baru, iaitu penyelesai masalah. Seterusnya akan lahirnya sesuatu pengalaman yang mendalam dan boleh membimbing untuk lebih mudah mengatasi kegagalan. Inilah yang saya pergunakan ketika saya di ambang kegagalan.
          Apa yang saya ingin perjelaskan adalah. Jangan kita kalah atau gagal pada diri sendiri. Sebabnya apa yang ada pada kita itulah kita. Sanggupkah kita menggagalkan diri sendiri? Saya yakin jika kita berani menentang kegagalan kita berani menghadapi segala-galanya dan jangan benar gagal berulang.

No comments:

Post a Comment