Saturday 3 December 2011

Siapa Aku Beberapa Tahun Akan Datang?!


Siapa Aku Beberapa Tahun Akan Datang?!

          Siapa aku beberapa tahun akan datang? Biasanya apabila berseorangan, sebelum tidur atau melihat rakan yang lebih tua dari saya, saya akan terfikir tentang masa depan. Perkara yang sama berulang apabila terpandang raut wajah adik-beradik dan kedua ibu bapa yang disayangi. Dimanakah kita ketika seusia mereka?terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan, daripada keselesaan hidup, perjalanan kehidupan dan corak permainan kita ketika usia itu. Apakah yang kita rancangkan akan terhasil 100%.
          Perkara yang paling penting adalah, perjuangan dan apakah ilmu  yang bersama kita ketika usia itu. Selesakah kewangan kita, tempat duduk kita dan keperluan kita. Saya berkata-kata seperti takut menghadapi masa depan. Saya bukannya takut menghadapi masa depan, tetapi ada sedikit risau pada diri sendiri. Terjagakah sosial budaya dan agama yang dijuangkan, tak lupa juga pada kekuatan dirisendiri untuk melawan segala permainan nafsu. Cukupkah kekuatan kita untuk melawan semua ini pada masa hadapan. Beringatlah apa yang bakal terjadi pada masa hadapan, adalah lebih dasyat  daripada apa yang kita bayangkan pada hari ini.
          Ambilah sedikit masa untuk memperbaiki diri sendiri pada masa hadapan. Tidak kira dari segi kemampuan kesihatan dan pengaruh. Untuk menghadapi masa hadapan yang amat sukar. Persediaan untuk menahan diri daripada ujian, perlulah lebih bersedia dan harus ditingkatkan. Ini kerana ujian demi ujian bakal menimpa dan terus menyelubungi hidup kita. Kita harus kuat, harus kental daripada ujian-ujian ini. Maka ada lagi ujian yang lebih dasyat bakal menimpa.
          Semalam adalah sejarah, hari ini adalah reality, esok adalah harapan. Perpatah yang disebut berkaitan dengan sejarah. Meskipun kita sedang menuju kehadapan. Sejarah bermaksud perkara yang telah berlalu. Selalunya perkara yang telah berlalu ini dikaitkan dengan kesilapan. Jadi jika siapa mempelajari sejarah, dia mempelajari kesilapan. Percayalah, jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan rugi apa-apa pun, malah kita akan lebih maju kehadapan asbabnya kita pelajari dari kesilapan. Lahirnya kesilapan untuk kita memperbaiki, bukan menyukarkan lagi keadaan. Sejarah adalah perkara terbaik untuk kita pelajari dan jadikan pegangan untuk kita perjuangkan pada masa hadapan. Tanpa sejarah siapalah kita dan tanpa semalam siapalah hari ini.
          Sekapur sirih yang boleh saya perjelaskan dalam tajuk siapakah aku beberapa tahun akan datang ialah. Adalah penting untuk kita  menambil masa dan merenungi diri sendiri dengan lebih dalam, ikhlas dan jujur. Kita perlu bangun untuk mencipta kegemilangan demi menjadi kita yang berguna pada masa hadapan. Saya juga berharap kita dapat pelajari dari sejarah dan “jadilah seperti lebah yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dan jangan jadi seperti langau yang merosakkan”. Apa yang saya ingin mamperingatkan ialah. Selagi kita tidak mengaku kelemahan yang sebenar pada diri sendiri selagi itu kita gagal membentuk diri sendiri. Donut’s

No comments:

Post a Comment